7 minit pembacaan
Matlamat asas Takaful adalah memberikan perlindungan daripada kerugian wang yang disebabkan oleh sesuatu kontigensi atas faktor risiko peribadi. Wang anda dapat diselamatkan daripada keluar dari poket apabila berlaku musibah besar seperti kemalangan, kematian, atau didiagnos penyakit kritikal. Tetapi ada syaratnya iaitu anda perlu memberi sumbangan berkala kepada tabung yang telah dipersetujui, dipantau, diselia oleh syarikat yang diperakukan oleh Bank Negara Malaysia yang dipanggil sebagai Operator Takaful.
Dalam ayat yang mudah
Anda meninggal, kami beri manfaat Takaful untuk waris anda
Anda sakit kritikal, kami beri manfaat Takaful untuk anda
Anak anda hendak melanjutkan pelajaran ke IPT, kami beri maafaat Takaful untuk anak anda
Anda ingin bersara, kami beri manfaat Takaful untuk persaraan anda
Menarik? Namun, perhatian perlu diberikan kepada syarat yang dinyatakan di atas. Kebiasaanya, dalam industri Takaful, 10% daripada gaji untuk sumbangan Takaful adalah memadai dan jumlah perlindungan tunai haruslah sepadan dengan atau melebihi jumlah setahun gaji semasa. Ini membolehkan waris anda sekurang-kurangnya bernafas sementara menguruskan kewangan keluarga apabila berlaku musibah kepada anda.
Untuk memudahkan penerangan, saya akan menggunakan produk yang sangat popular iaitu Hibah Takaful. Hibah ialah perbuatan memberi dan merujuk kepada pemindahan hak milik sesuatu yang khusus daripada pemberi (Wahib) kepada penerima (Mawhub lahu) tanpa sebarang syarat.
Mengikut Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagai peserta takaful, anda boleh menamakan mana-mana individu untuk menerima manfaat hibah takaful anda sebagai wasi atau sebagai penerima penuh (benefisiari) di bawah hibah bersyarat apabila anda ditimpa musibah.
Ramai umat Islam di Malaysia yang tidak menyedari bahawa Takaful adalah satu keperluan wajib setiap orang selepas keperluan asasi dapat dipenuhi iaitu makanan, pakaian dan rumah. Pada zaman moden, keperluan asasi ini bertambah kepada pendidikan, sanitasi dan perkhidmatan kesihatan. Maka Takaful adalah keperluan yang menjadi perkara yang ke-7.
Takaful dapat memindahkan risiko kebarangkalian kerugian duit daripada tanggungan individu kepada secara berkumpulan dengan bersyarat. Jika dilihat dengan lebih dekat, Takaful menjadi aset yang melindungi risiko kewangan pencari nafkah. Ia akan menjadi aset yang tidak ternilai harganya pada waktu yang diperlukan.
Pencari nafkah atau ketua keluarga mencari pendapatan untuk memenuhi keperluan asas yang disebutkan di atas iaitu makanan, pakaian dan rumah. Apa akan terjadi kepada mereka yang bergantung sepenuhnya kepada pencari nafkah jika beliau ditimpa musibah? Siapakah yang akan menolongnya memenuhi keperluan asas ini tadi?
Mari kita buat satu refleksi ringkas.
Nyatakan 3 orang yang boleh membantu waris anda dari segi kewangan untuk tempoh 12 bulan seperti mana keadaan sekarang jika anda meninggal dunia, lumpuh seluruh badan dan didiagnos penyakit kritikal?
Jika anda tidak boleh menjawab dalam tempoh 2 minit seperti saya, maka anda harus melanggan produk Takaful.
Dapatkan Pre-Qutation daripada 6 Operator Takaful dalam 5 Saat
Bank Negara Malaysia juga melancarkan perlindungan Tenang bagi golongan B40 dengan sumbangan tahunan serendah RM50 yang membolehkan anda mendapat perlindungan berjumlah RM12000. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
Yang menariknya, lagi muda anda mula ‘melabur’ dalam Takaful, lagi rendah jumlah sumbangan berkala. Ini kerana jumlah sumbangan adalah berkadaran dengan umur semasa dan penyakit yang dihidapi atau diwarisi. Operator Takaful berpendapat umur muda adalah berisiko rendah. Kenapa saya katakan ‘melabur’? Tiada instrumen kewangan yang ada dipasaran yang boleh memberikan kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam produk Takaful.
Meninggalkan hibah kepada keluarga anda boleh memberi anda ketenangan fikiran, terutamanya mengetahui bahawa orang yang anda sayangi akan dijaga dan tidak akan dibebani masalah kewangan dengan pemergian anda.
Sebagai contoh:
Pada umur 31 tahun, anda memilih jumlah perlindungan kewangan RM 1 Juta dengan menyumbang RM250 sebulan dengan Operator Takaful H sehingga berumur 80 tahun.
Jumlah sumbangan: RM250 x 49 x 12 = RM147 000.
Minimum peratus ‘pulangan pelaburan’ =
[(RM 1 Juta – jumlah sumbangan) / RM 1 Juta] x 100 = 85.3%
Lebih menarik jumlah perlindungan ini akan berkuatkuasa dari saat anda menandatangani sijil Hibah Takaful yang anda pilih. Maka peratus ‘pulangan pelaburan’ yang dikira di atas adalah bersifat minimum kerana kita tidak tahu kebarangkalian bila musibah melanda. Jika anda dilanda musibah pada tahun ke 5 dari dari tahun anda menandatangani sijil Hibah Takaful, maka peratusan ‘pulangan’ ini adalah lebih tinggi. Mahupun begitu, saya sentiasa berdoa semua peserta Takaful berada dalam sebaik-baik keadaan.
Tabarru’ bermaksud sedekah dan kesemua produk Takaful adalah berdasarkan konsep ini dimana ianya adalah lebih praktikal, selamat dan selari dengan syariah Islam. Setiap bulan, sumbangan anda yang tidak dituntut (apibila anda tidak ditimpa musibah) yang terkumpul dalam Tabung Risiko, akan disedekahkan kepada peserta produk Takaful yang ditimpa musibah.
Disini anda akan dapat melihat dan menikmati pelaburan ‘aset’ di dunia dan di akhirat yang sangat menguntungkan. Jika anda ditimpa musibah, anda akan ditolong dari segi kewangan, dan jika anda tidak ditimpa musibah, anda akan sentiasa menolong orang lain.
Norma baru pada zaman moden ini adalah hampir semua orang berhutang untuk membeli rumah, tanah, kereta dan lain-lain tujuan. Hutang-hutang ini wajib dibayar namun siapakah yang akan membayarnya jika berlaku musibah kepada diri kita sendiri? Di Malaysia, hanya pembiayaan rumah dan peribadi sahaja yang diwajibkan mempunyai perlindungan Takaful selaras dengan kehendak Bank Negara.
Jadi bagaimana dengan pembiayaan kereta anda? Siapakah yang akan menguruskan hutang ini? Dengan adanya Hibah Takaful, anda boleh membuat syarat untuk waris menjelaskan hutang piutang anda dahulu, barulah bakinya diambil untuk belanja bulanan.
Pengecualian Cukai
Dibawah Akta Cukai, mana-mana individu di Malaysia yang melakukan sumbangan Hibah Takaful (Islamic) atau Life Insurance (Konvensional), akan dikecualikan cukai maksimum RM3000 setahun. Dan sebarang pemberian (pampasan) Hibah juga dikecualikan cukai.
Kami adalah IFAR yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan kami boleh membantu anda membandingkan pelbagai jenis pelan daripada 6 Operator Takaful di negara kita. Anda bebas untuk memilih yang paling sesuai untuk keperluan anda mengikut perkara yang paling penting pada masa ini.
Masa kini, anda boleh mengakses anggaran sumbangan bulanan tanpa perlu menunggu kami. Segala data berkaitan boleh didapati di Homepage kami. Hanya masukkan jantina, umur dan berapa jumlah yang anda mampu bayar.
Kami juga menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang berkaitan perancangan kewangan seperti yang tertera di gambar di atas.
Anda tidak boleh menyalin kandungan halaman ini. Namun, saya amat senang hati jika anda berkongsi artikel ini di laman-laman sosial atau kita berkolaborasi antara penulis.