Bagi setiap muslim, asas perlindungan kehidupan adalah Allah S.W.T. Dialah yang menjadi Tuan, Pemilik, dan Ilah kepada sekalian manusia. Jika kita merasa letih, penat, resah dan gelisah dalam usaha mencari rezeki, kepada Dialah kita mengharap dan bertawakkal. Ibn al-Athir menyebut, tawakkal bermaksud menyerahkan urusan kepada pihak lain atau menggantungkan kepadanya. Hal ini disebabkan kerana kepercayaan penuh kepada yang diserahkan atau ketidakmampuan menangani sendiri. (Lihat al-Nihayah fi Gharib al-Hadith, 5/221).
Allah S.W.T. menekankan sifat yang seringkali ada pada kita dalam surah Qurasy (Surah 106) iaitu sifat takut. Sifat takut adalah sifat semulajadi manusia apabila kita menghadapi satu-satu risiko. Kemungkinan risiko itu disebabkan kita cuba keluar dari zon selesa. Kemungkinan risiko itu didatangkan dalam bentuk ujian yang tidak putus dalam kehidupan kita. Maka Allah S.W.T. menyatakan hanya Dialah yang boleh mengamankan dari rasa takut itu.
Ada satu post daripada FB page Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sangat menarik minat saya iaitu mengenai tawakkal.
“Tawakal bukan meninggalkan usaha tetapi hendaklah melakukan pelbagai usaha yang membawa hasil dicita-citakan kerana burung pun tetap berusaha mencari rezeki. Kegigihan burung dalam mencari rezeki, boleh kita contohi.”
Tawakkal kepada Allah S.W.T. perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh selepas usaha yang dilakukan dengan tenaga semaksimum mungkin. Dalam usaha bertawakkal, strategi dan perancangan yang tersusun perlu dibuat seperti mana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam menangani risiko kewangan, perbincangan mengenai takaful sangat wajar untuk diamati. Namun seringkali penulis berjumpa dengan mereka yang menyatakan prinsip Takaful adalah menyalahi konsep bertawakkal kepada Allah.
Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, jaminan, perlindungan dan saling bantu membantu di kalangan pesertanya. Melalui takaful, tabung sumbangan dapat dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Dalam erti kata lain, takaful adalah satu sistem amali yang dapat membantu umat islam melindungi harta mereka apabila ditimpa musibah atau bencana.
Takaful mempunyai aqad (kontrak) yang berbeza di mana setiap peserta bersetuju, jika ditakdirkan salah seorang daripada mereka menanggung kerugian atau kehilangan akibat dilanda musibah atau bencana yang telah tentukan lebih dahulu, mereka akan membantu rakan peserta tersebut. Bagi membolehkan manfaat kewangan ini disediakan, para peserta bersetuju menyumbang sejumlah duit (tabarru') secara tetap mengikut jangka masa tertentu.
Jadi jika anda memahaminya, Takaful adalah alat yang efektif untuk umat Islam menghadapi risiko kewangan di luar jangka. Perlindungan totalitas semestinya masih bergantung sepenuhnya kepada takdir yang Allah S.W.T tentukan sesuai dengan kehendak-Nya. Anda bebas untuk memilih alat yang sesuai jika anda mempunyai pilihan yang lain.
Pertama, majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa insurans konvensional lebih disukai berbanding polisi takaful. Terdapat keperluan bagi masyarakat untuk diberi pencerahan mengenai polisi insurans, baik konvensional ataupun takaful. Penyelidikan tinjauan yang dilakukan di Malaysia menunjukkan bahawa 45% responden didapati mempunyai sedikit pengetahuan mengenai insurans nyawa (Asian Insurance Review, 1997). Kajian lain menunjukkan bahawa sebilangan responden menunjukkan bahawa mereka memerlukan perlindungan insurans tetapi majoriti responden tidak bersetuju dengan perbincangan mengenai subjek perlindungan insurans (Maysami & Kwon, 1999).
Kedua, kualiti perkhidmatan pelanggan pengendali takaful adalah rendah berbanding dengan rakan konvensional mereka (Khan, 2010). Untuk dapat bersaing dengan perniagaan insurans konvensional, pengendali takaful perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan mereka untuk mendapatkan minat dan kepercayaan di kalangan masyarakat umum. Setelah pengendali takaful mendapat kepercayaan masyarakat umum, kadar penyertaan akan meningkat secara berterusan kerana pelaburan dan keyakinan secara semula secara beriringan.
Ketiga, cabaran lain adalah untuk memenuhi jangkaan para peserta mengenai pulangan pelaburan mereka yang lebih tinggi. Oleh kerana pengendali takaful harus mematuhi prinsip Islam, mungkin tidak bijak bagi mereka untuk melabur dalam situasi berisiko tinggi dengan menggunakan dana takaful yang dikumpulkan. Oleh kerana keadaan ini, mereka harus tetap konservatif dalam pelaburan mereka. Dengan kata lain, mungkin sukar bagi mereka untuk memenuhi harapan peserta muda untuk memperoleh pulangan yang tinggi dari pelaburan takaful mereka.
Keempat, rata-rata orang melayu menganggap Takaful adalah bukan satu keperluan. Mereka berpendapat ahli keluarga yang ditinggalkan boleh menguruskan kewangan sendiri jika mereka meninggal dunia atau lumpuh seluruh badan. Seramai 30% daripada orang melayu berhenti mengambil perlindungan Takaful selepas tahun yang pertama selepas melihat tiada faedah segera yang dinikmati oleh mereka.
Kelima, ada yang masih menyangka perlindungan Takaful ini adalah mahal dan memerlukan komitmen bulanan. Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pelan Takaful Keluarga mampu milik yang dinamakan Perlindungan Tenang dengan serendah RM 50 setahun.. Terdapat 9 pengendali Takaful yang telah menawarkan produk di bawah Perlindungan Tenang yang boleh dilanggan secara dalam talian atau di Pejabat POS seluruh Malaysia. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini
Keenam, ketidakpastian produk Takaful yang memberi perlindungan maksimum dengan sumbangan bulanan yang rendah. Ini adalah sebab yang dihadapi oleh penulis yang menjurus kepada kelahiran laman sesawang seriouslytakaful.com. Penulis perlu menghubungi ejen-ejen daripada syarikat pengedali Takaful Keluarga yang berbeza untuk mengetahui kelebihan produk-produk yang ada di dalam pasaran. Untuk Takaful Motor, penulis boleh mengakses dan membandingkan bayaran antara Pengendali Takaful tanpa perlu orang tengah melalui laman sewasang seperti MyEG, Fatberry dan Bjak. Tetapi ini tidak berlaku untuk produk Takaful Keluarga.
Anda tidak boleh menyalin kandungan halaman ini. Namun, saya amat senang hati jika anda berkongsi artikel ini di laman-laman sosial atau kita berkolaborasi antara penulis.